Tuesday 17 January 2012

Dari lensa kaca mata

Assalamualaikum dan selamat pagi buta,

Setiap hari aku belajar dan nampak setiap perangai manusia yang aku jumpa. Pelbagai kerenah mereka-mereka ini. Bila aku duduk seorang diri, aku kadang terfikir apa yang mereka lakukan tiap hari, apakah sama dengan aku? Kadang tu ada waktu yang membuat hati aku sebak tanpa aku tahu kenapa dan mengapa. Masing-masing ada ceritera kehidupan masing-masingkan? : ) Hari ini aku kenal orang, aku tahu serba sedikit tentang perangai dia. Aku suka nak tahu pasal kehidupan seseorang, tapi bukan bermaksud aku kaki kepoh ke apa. Cuma aku ingin tahu kisah hidup mereka-mereka untuk aku jadikan pengajaran dan juga sempadan.
Aku pun banyak sangat kesalahan, dosa dan kesilapan aku telah buat. Mana yang aku mampu minta maaf, aku pergi minta maaf. Kehidupan aku sekarang, aku sangat bahagia bersama sahabat-sahabat aku, keluarga aku, Tuhan aku. Tapi dalam bahagia aku ada duka yang perit. Tapi perit itu tak dapat aku umpamakan seperti apa. Hanya Allah S.W.T yang tahu perasaan duka perit aku. 
Dunia sekarang ini dah tua. Pabila aku termenung, ada yang aku terfikir dan membuat aku gelak dengan setiap perangai kawan-kawan aku. Apa agaknya jikalau mereka tak pernah muncul dalam hidup. Dan aku umpama hidup sebatang kara serta umpama katak bawah tempurung. Mereka-mereka yang bergelar sahabat aku yang membuka tempurung dalam hidup aku. Mereka-mereka itu banyak sangat mengajar aku. Kadang aku terfikir, macam mana mereka boleh berfikir luar dari kotak fikiran? Ia bukan kerna aku ingin ikut cara mereka, tapi terkadang tu pemikiran jauh lagi matang bandingkan umur mereka.
Aku selalu fikir apa yang akan jadi pada aku pada masa hadapan dan apa yang bakal tempuh dalam kehidupan aku. Adakah aku mampu dan kuat untuk hadapi masa hadapan yang semakin mencabar? Sekarang ini aku masih menyambung pengajian aku. Ya, memang dan betul malah lagi tepat aku sangat merasakan kepenatan apabila belajar. Semua orang macam itu bukan? Tapi mentor aku banyak bagi dorongan. Apabila aku terasa penat belajar, aku akan telefon ayah aku. Dia faham aku sebab seorang pensyarah. Dia lagi berpengalaman. Aku pernah rasa putus asa, tapi aku ingat dekat mama abah. Aku nak banggakan mereka.
Okay, aku tahu cerpen aku serabutkan? Kejap ceritera macam ini kejap ceritera macam itu. Aku sebenarnya nak bagi mata aku mengantuk. Bila aku tengok huruf punya banyak ni, memang dah start layu je kelopak mata yang indah ini. : ) Salah dan silap, aku minta maaf bebanyaklah kamu, kamu dan kamu : D

Gigit Jari <3

No comments:

Post a Comment