Sunday 22 January 2012

Ada apa dengan hati?

Assalamualaikum,

Haaaa, hati? Ada pa dengan hati?! Kadang aku rasa ni hati kering jugakan.HAHA, tapi hati aku lembut sangat, sebenarnya lembik. Sebab aku ni mudah touching. Ingat aku nak sangat ke sikit-sikit touching. Aku pun taknak juga. Aku tengah mencuba sedaya upaya untuk keraskan hati aku. Aku nak simenkan hati aku boleh tak? Ngehngehngeh. Seminggu ni aku asyik sakit je, demam urat, demam sendi, demam panas, batuk teruk, selsema, asthma and etc. Errrr, banyaknya penyakit aku ni. Nanti adalah yang bisik-bisik manja kat aku suruh makan ubatkan. Siapa? Tu haaa yang tengah baca entri ni. Heeeeeeee.
Banyaknya peritkan? Nak buek acano laoie? HAHA, sekarang ni matlamat aku nak belajar loghat loghat negeri-negeri kat Malaysia ni. Aku tengah belajaq loghat utara, loghat Kelantan. Haaa, terkeluaq dah loghat utara ceq. HAHA. Loghat Negeri Sembilan? Itu den tahu dah, sobabnya den ado adik berodik angkat mengangkat kek sano haa. HAHA,

Bestkan dapat merantau? InsyaAllah, nanti kalau aku dah berjaya dalam bidang yang ceburi, aku akan luangkan masa untuk merantau. Paris Paris Paris Paris Paris. Kenapa Paris? Sukoti ceq laaa. Hehehe.
Haaa, sambung balik kisah hati tadi. Hm, hati aku ni bercelaru sangat. Aku pun tak tahu apa hati aku duk buat. Kadang tu aku rasa macam ada orang tengah bagi harapan dekat aku, tapi palsu. Biaq pi laa. Aku dah malas nak fikir lagi soal hati ni. Kalau ada yang betul-betul bagi harapan dan bukan palsu, insyaAllah akan aku pertimbangkan. HAHA, bercinta lepas nikah lebih indah nikmatnya bukan? : )

Maka dengan ini biarlah hati aku ini. Mu jange mace mace eh. HAHA, betul ke aku kecek kelate tu? Hewhewhew, takpalah kita belajar slow-slow okay. Wahai hati kuatkanlah peribadimu, semoga kau tidak mudah ternoda dengan hasutan hati-hati yang busuk diluar sana.

Gigit Jari <3

Tuesday 17 January 2012

Kesalahan yang nyata!

Assalamualaikum,

Ya Allah terlalu banyak sangat dugaan Kau berikan padaku. Tak tertanggung rasanya ujian yang Kau berikan. Aku bersalah dengan semua orang hari ini. Aku minta maaf banyak-banyak sebab aku marah-marah korang tadi dalam kitchen. Aku tak ada niat pun, tapi memang aku tertekan sangat! Aku dah tak boleh kawal lagi. Aku minta maaf sangat dengan korang eh? Ya aku faham korang semua pun penat juga. Dan aku bukan nak bandingkan dan mengatakan aku lagi berhak. Tapi penat aku ini tak tertanggung rasanya. Allah je yang tahu penat aku macam mana. Aku tak minta korang faham aku, tapi sekurang-kurangnya prihatin sedikit pun dah cukup :')

Dari lensa kaca mata

Assalamualaikum dan selamat pagi buta,

Setiap hari aku belajar dan nampak setiap perangai manusia yang aku jumpa. Pelbagai kerenah mereka-mereka ini. Bila aku duduk seorang diri, aku kadang terfikir apa yang mereka lakukan tiap hari, apakah sama dengan aku? Kadang tu ada waktu yang membuat hati aku sebak tanpa aku tahu kenapa dan mengapa. Masing-masing ada ceritera kehidupan masing-masingkan? : ) Hari ini aku kenal orang, aku tahu serba sedikit tentang perangai dia. Aku suka nak tahu pasal kehidupan seseorang, tapi bukan bermaksud aku kaki kepoh ke apa. Cuma aku ingin tahu kisah hidup mereka-mereka untuk aku jadikan pengajaran dan juga sempadan.
Aku pun banyak sangat kesalahan, dosa dan kesilapan aku telah buat. Mana yang aku mampu minta maaf, aku pergi minta maaf. Kehidupan aku sekarang, aku sangat bahagia bersama sahabat-sahabat aku, keluarga aku, Tuhan aku. Tapi dalam bahagia aku ada duka yang perit. Tapi perit itu tak dapat aku umpamakan seperti apa. Hanya Allah S.W.T yang tahu perasaan duka perit aku. 
Dunia sekarang ini dah tua. Pabila aku termenung, ada yang aku terfikir dan membuat aku gelak dengan setiap perangai kawan-kawan aku. Apa agaknya jikalau mereka tak pernah muncul dalam hidup. Dan aku umpama hidup sebatang kara serta umpama katak bawah tempurung. Mereka-mereka yang bergelar sahabat aku yang membuka tempurung dalam hidup aku. Mereka-mereka itu banyak sangat mengajar aku. Kadang aku terfikir, macam mana mereka boleh berfikir luar dari kotak fikiran? Ia bukan kerna aku ingin ikut cara mereka, tapi terkadang tu pemikiran jauh lagi matang bandingkan umur mereka.
Aku selalu fikir apa yang akan jadi pada aku pada masa hadapan dan apa yang bakal tempuh dalam kehidupan aku. Adakah aku mampu dan kuat untuk hadapi masa hadapan yang semakin mencabar? Sekarang ini aku masih menyambung pengajian aku. Ya, memang dan betul malah lagi tepat aku sangat merasakan kepenatan apabila belajar. Semua orang macam itu bukan? Tapi mentor aku banyak bagi dorongan. Apabila aku terasa penat belajar, aku akan telefon ayah aku. Dia faham aku sebab seorang pensyarah. Dia lagi berpengalaman. Aku pernah rasa putus asa, tapi aku ingat dekat mama abah. Aku nak banggakan mereka.
Okay, aku tahu cerpen aku serabutkan? Kejap ceritera macam ini kejap ceritera macam itu. Aku sebenarnya nak bagi mata aku mengantuk. Bila aku tengok huruf punya banyak ni, memang dah start layu je kelopak mata yang indah ini. : ) Salah dan silap, aku minta maaf bebanyaklah kamu, kamu dan kamu : D

Gigit Jari <3

Thank you Friends :')

Prank-ing Me!

Semalam 15 January 2012! The best day ever I had. Ya, aku mengaku memang aku nak rasa sambut birthday kena baling tepung telur bagai tu semua. tapi tak sangka pula betul-betul dapat. Haaa, ambil kau Eeja. HAHA. Macam ini ceritanya *apa yang aku tahulah ya* Semalam aku ada exam. Mid-term exam. Memang terbaiklahkan hari istimewa aku ada paper. But it's okay : ) Petang tu aku memang ada perasan Zurahmi ni lain macam secara automatik. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia secara tiba-tiba dia macam angin semacam. Then habis exam tu dorang semua pergi Tesco beli barang. Aku memang tahu dan nak datang rumah Amirah pada hari itu utk makan-makan. Then balik Brunsfield kejap packing barang nak pergi swimming kat Prima U1. Then sampai sana semua dah nak get ready nak masak-masak. Tapi time tu aku semua orang muka ketat je. Aku nampak kepelikkan disitu. Maybe dorang semua penat kot sebab masing-masing baru habis petang pula tu, pukul 6 -.- Time masak bermulalah drama mereka-mereka yang bergelar sahabat aku : ) Watak utama Zurahmi Ali Usman, Nur Amirah Mohamed Zafrullah, Nur Syamim Mansor, Fatin Nurbaiti. Zurahmi dia apahal entah malam tu angin dia kalah puting beliung bagai tu semua. Dia suruh aku masak semua bagai, aku pun buatlah. Ayat pertama malam tu yang buat aku sakit hati 'Eja kau masak dulu baru makan'. Pergh! ayat mak tiri tu weh! HAHA. Aku ikut je semua kehendak dia. Then Amirah pula masuk macam nak bergaduh dgn Zurahmi. Errrr! sampai aku ada cakap dekat Zurahmi 'dah kau suruh aku, aku masaklah' Time tu aku hampir nak mengamuk. Tapi aku diam je. Aku malas nak gaduh-gaduh. Tapi tak sangka pula aku cakap macam tu Zurahmi marah. Errrr! Weh aku sakit hati lagi kau suruh aku masak dulu baru makan. HAHA! Then mula pula drama halau-menghalau orang keluar rumah.

Zurahmi dah macam touching dengan aku, dia cakap dia nak keluar rumah. Then Amirah pula lagi menyokong dia keluar. Errrr time tu aku dah rasa bersalah. Aku blank habis gila babi tak tahu nak buat apa. Zurahmi pula memang dah blah, then Amirah, Meen, Nad dengan Fatin cakap biar je dia. Erk! Dalam hati aku cakap, weh Zurahmi blah betul-betul kot. HAHA! Okay lepas Zurahmi keluar, dia text aku maki hamun bagai weh! Ya Allah time tu Allah je tahu perasaan aku. Gila babeng dapat makian free malam tu. Teruk lagi dia cakap Hari tu hari paling sial weh! Pergh! Baru aku tahu pada 15 Januari 2012 hari sial. HAHA! Time aku dapat message tu aku terus pergi dekat Nur Izzah tunjuk message Zurahmi bagi dekat. Then time tu juga air mata aku mengalir. Tsk tsk tsk : ( Zurahmi apa salah aku? First message tu aku menangis dan diam je. Then dapat pula second message dari Zurahmi lagi. Err, seriously apa masalah kau weh! Dah pula Amirah,Fatin,Meen,Izzah,Nad semua masak. Aku dekat balcony sengsorang menangis, termenung*Favourite aku* Sambil aku duduk dekat balcony tu, yang lain semua duduk call-call Zurahmi. Tak dapat dikesan. Time tu aku call ayah aku, aku sedih sangat time tu. Aku cerita kat ayah sampai ayah aku nak jumpa Zurahmi, aku pula dah cuak. Aku cakap kat ayah aku nanti dulu biar aku settle dengan Zurahmi tu dulu. Then ayah aku cakap by besok kalau tak settle, ayah aku nak jumpa dia. Erk! Then Meen, Amirah, Nad dengan Fatin pergi cari Zurahmi*kononnya* Izzah pula cakap nanti Amirah dah balik kita baliklah. Time tu memang aku rasa nak balik. Tak lama lepas tu Amirah balik cakap dia hantar aku balik, nak call polis sebab tak jumpa Zurahmi. Okay, kat situ aku rasa pelik belum 24jam lagi untuk call polis. Tapi aku dah tak boleh fikir dah time tu. Aku ikut je. Sampai bawah aku nampak Zurahmi kat parking. Okay timbul lagi satu kepelikkan. Tadi Meen, Nad dengan Fatin cari Zurahmi takkan tak jumpa dia kat parking bawah je kot. And mereka-mereka yang mencari Zurahmi ni hilang entah kemana. Then Amirah duk cakap dengan Zurahmi. Yang Zurahmi still tak puas hati lagi. Dia touching dengan aku pasal masak je wehh! Lepas dia cakap dekat Amirah kau pergi ikutlah 'minah' means aku ni. Okay okay dah nak sampai kemuncak drama ni.

Time dia bercakap tu, aku rasa aku ada nampak kepala Meen menyorok balik kereta. Tapi peduli apa aku, sekarang ni aku nak settle hal dengan Zurahmi. Lepas Zurahmi cakap macam tu, aku dah nak cakap 'apa masalah kau sekarang dengan aku'. Tapi tak sempat, sebab Shah, Zakwan, Nad, Meen, Fatin, Zurahmi, Amirah, Fahim dan Fariz Aizat semua dah keluar nyanyi lagu birthday. Ergh! Nasib tak sempat gaduh.HAHA! Memang dorang prank aku habis-habisanlah.

Cekodok Haleeja namanya!
 Time kena orang aku target ZURAHMI ALI USMAN. Aku pergi peluk dia, Ya Allah hanya Allah je tahu perasaan aku masa itu. Zurahmi, kau memang pelakon terbaik. Kau berjaya buat aku menangis. Aku terharu sangat dengan korang. Thanks banyak-banyak korang! : )

Korang bukan kawan aku, tapi korang sahabat aku :')
 Ya Allah, Kau peliharalah hunbungan persahabatan kami semua. Kau berkati segala apa jua yang dilakukan oleh mereka. Kau permudahkan urusan mereka, Kau murahkan rezeki mereka. Ya Allah kau pelihara keselamatan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Amin : )

Itu cake aku : )

 Sekian Mee Hoon berdrama dari kami semua : )

Gigit Jari <3 

Thursday 24 November 2011

The Man I Will Choose :)

Salam,

The man I will choose just like this. Not perfect but impress <3
Click the picture to bigger size


Gigit Jari <3