Thursday 24 November 2011

The Man I Will Choose :)

Salam,

The man I will choose just like this. Not perfect but impress <3
Click the picture to bigger size


Gigit Jari <3

Wednesday 23 November 2011

Cakap-cakap orang sekarang

Salam,


Aku selalu terbaca quote cintan-cintun ni, kalau seorang lelaki tu berhenti bermain game semata-mata untuk membalas text perempuan tu, maka kahwinlah dgn dia. Is it true? Bagi akulahkan, aku tak berapa setuju. Sebabnya, kita sebagai perempuan ni, tahu ke apa niat dia? Mungkin juga dia nak permainkan kita, dia buat macam tu dekat kita supaya kita percayakan dia yang dia betul-betul serius dgn kita. Mungkin juga dia memang sayangkan kita, tapi sayang kepada seorang kawan tidak lebih, mungkin dia nak jaga hati kawan dia. Dan mungkin juga, dia jenis tak boleh kalau melambatkan membaca text yang baru dia dpt.

So, conclusionnya.. Tak semua quote cinta or anything else tu betul dan membawa maksud mendalam. Mungkin mendalam dari segi lain. Think outside the box people! Don't you ever think what I've wrote this is for somebody else, it's remind for me too. I learn from the past too just like other people. 

Remember : Judging a person does not define who they are.Its define WHO YOU ARE.

Gigit Jari <3

Friday 18 November 2011

Hari Yang Membanggakan Buat Diriku XD

Salam,

Hari ni aku nak kongsikan kegembiraan aku. Semalam 17 November 2011, tepat jam 11:50 pagi, aku dpt tgk result final exam aku. Ya Allah, hanya Dia je tahu perasaan aku ketika itu. Aku tak pernah segembira ini. Total CGPA aku untuk sem 1 ialah 3.07. Walaupun sem 1, penting juga sebenarnya. kalau tk penting tk wujud eh sem 1 ni. toruih sem duo. Dak gitu? Haha. Bermula dari sem 1 lah kita akan bersemangat untuk teruskan usaha kita tu untuk sem yg akan dtg. Betul dak? Heheh. Apa? Korang tak percaya aku dapat 3.07? Korang tgk bawah tu, tu bukti lagi nyata terang lagi bersuluh siap terprint nama penuh aku serta alamat rumah juga I/C number. Tapi tu aku dah sensorlah. Gila nak show off alamat dgn I/C. Kang korang dtg serang nak sambut birthday aku, lepas tu kott lah tetiba ada rombongan meminang dtg, tak naya aku? Bhahaha. Okay aku perasan -,- Okay skrg tgk result aku. Aku tak hebat mana pun. Ni pun setakat lepas makan je. Tapi aku bersyukur :) Aku dapat banggakan parents aku.
Click untuk lihat dgn lebih jelas dan nyata.
Dah nampakkan result aku? Aku tk tipukan? Tak baik tipu. Tipu dosa, masuk neraka :)


Okay skrg ni nak cerita lagi satu benda. Benda baru yg akan aku belajar. Aku rasa agak tough juga bagi aku. Mentor aku target aku 3.5 lepas ni untuk Dean List. Cuak pula aku, mentor aku cabar aku mcm tu. tapi aku akan cuba buat juga. Aku nak juga 3.5 ni. Aku tk harap Dean List tu sgt, aku cuma nak angka pointer aku naik, tk mendadak pun atleast ada peningkatan :) Subject untuk sem 2 aku ada 6 kesemuanya, 17 credit hour. Fuhhh, kena amek nafas panjang ni. Ada satu Kitchen : Asian Cuisine. Aku tk sabar nak masak yg akan dimasak nanti. Haha. Kat bawah ni Borang yg aku dah daftar subject tu. Take a look :D

Click untuk lihat lebih jelas dan nyata.  Sorry gelap, tk pandai snap.
 Haaa, nampakkan? Aku takut bila tgk balik. Seram niii. Haha. Tapi aku akan cuba yg terbaik. Lebih baik dari sekarang ni :) Aku nak juga pointer 3.5 tu okay. Doakan aku ya kawan-kawan :)
Okaylah setakat ni jelah aku kongsi kegembiraan aku hari ni. Alhamdulillah, sujud syukur kepada yg Maha Berkuasa :)

Salam,
Gigit Jari <3

Thursday 17 November 2011

Rahsia Lelaki? Betulkah?

 Betulkah rahsia lelaki ini? Betul ke? Cuba bagitahu aku betul ke?
1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!


Gigit Jari <3

Tuesday 8 November 2011

Day By Day :/

Salam,

Hari demi hari aku menunggu kepulangan kau. Bila kau nak balik? Aku rindu sangat dekat kau. Aku dah nak balik Shah Alam, aku dah nak start sem 2. Aku akan mulakan sem 2 aku tanpanya kau. baliklah. Aku rindu sangat dekat kau. Sampai sekarang belum ada pengganti kau... Kitaorang masih menunggu kau Comel. Please come back! Along rindu sangat dekat Comel. Baliklah Comel. Along doakan Comel okay dan balik cepat ke rumah ni tahu?? :/




Gigit Jari <3

Monday 7 November 2011

Miss All That Moment

Salam,

It's quite long time I haven't updated my blog. All many things happen to me in just one time. For this all time I felt being lonely, loving, sad and sometime I doesn't know what I being felt now. My cat for sure he doesn't come back anymore. I really miss him. I miss all the moment with him. I hope one day, that my cat come back home.
When we being sweet and happy, I miss the moment that we fight. When we being fight all the time, I miss the moment that we being sweet and happy. And I know you miss it too. I miss that all moment because you miss that all moment too ♥ - It's mine words.




Gigit Jari <3

Tuesday 1 November 2011

Lain Yang Di Tunggu Lain Yang Pulang :'(

Comel masih tak balik lagi :'( Dah cari dia merata tapi tak jumpa lagi. Comel, mana Comel pergi? Kitaorang rindu gila dekat Comel tahu tak?! Comel baliklah sini sebelum Along balik Shah Alam. Balik eh Comel??!! Tadi Kuning balik rumah Comel!! Tak sangka dia balik. Rindu juga kat Kuning, Comel janganlah merajuk ke jealous sebab kitaorang rindu kat Kuning juga. Kitaorang sayang Comel sangat tahu tak. Skrg Comel hilang! Kadang-kadang Along rasa macam nak menangis tahu tak sebab rindu sangat kat Comel. Comel balik cepat ya??!! :'(


Gigit Jari <3

Sunday 30 October 2011

Aku Sayang Kau Gila Babeng Wehhh!

Sumpah aku sayang kau. Aku terkejut juga dapat tahu kau dah putus dengan Abg Emy. Tapi aku lega sebab tak terus kena tipu. Ya, aku mengaku kau kenal dia lebih lama, dan aku faham kalau kau cakap kau lagi kenal dia dari aku. Kau ingat tak dulu aku pernah tetiba tak tegur kau kat sekolah dulu. Tiba-tiba aku tak layan kau? Ingat tak? Sebabnya aku terasa dengan kau. Abg Emy cakap apa yang aku cakap dengan dia, apa yang dia msg aku dulu lepas tu aku duk cerita kat kau, kau cakap kat Abg Emy kau terasa dgn aku, kau tak sangka kawan kau boleh buat kau mcm tu kan? Sebenarnya aku bagi hint dekat supaya kau tinggalkan dia. Aku ni kawan kau, takkan aku nak cakap direct dengan kau suruh putus dengan dia. Mesti kau marahkan. Aku nak kau faham, aku cuba selamatkan kau dari penipuan dia. Kau ingat tak kes ni? Kes yang dia hilang lepas tu dia muncul balik, lepas tu aku kan ada minta number phone dia konon-konon nak uji diakan? Ingat tak? Pasal kes nilah. Aku ada sebab kenapa aku nak kau putus dengan dia. Tapi kau ckp skrg dia hilang lagi kau ckp, tapi dia dah muncul balik. Kau ckp dia dah terus terang semua dekat kat. Kau ckp dia dah berubah, tak macam dulu. Tapi ada satu hal lagi dia tak terus terang dekat kau. Aku akan bagitahu kau, tapi selepas kau operate aku akan bagitahu kau. Aku taknak kau susah hati, aku sayang kau. Aku nak kau jaga diri elok-elok sebelum operate. Aku nak kau tenang baru aku bagitahu. Lepas operate aku bagitahu okay? :) AKu Sayang Kau Gila Babeng Wehhh!

Bersambung...


Gigit Jari <3

Saturday 29 October 2011

Rindu Comel :(



Comel? Nama kucing aku. Dia dah tak balik TIGA HARI, dia  tak pernah macam ni :( Ada orang ambil dia. Bagi balik kucing aku! Lepaskan dia! Kalau kau nak ambil dia, tolong jangan seksa dia. Dia pun makhluk Allah juga. Aku rindu kat Comel :'( Comel, baliklah. Along rindu kat Comel :'(





Aku rindu nak belai dia, nak dukung dia, nak tidurkan dia, nak mandikan dia. Semualah aku rindu pasal dia :'( Balik tahu Comel, Along tunggu Comel kat rumah.


Gigit Jari <3 

Slow Song Make Me Feel That Myself Being So Sweet :)

Aku suka dengar lagu-lagu slow. Sumpah aku rasa romantic dan juga sweet sangat! Kalau aku dengan 'someone' yang aku sayang sangat, aku mesti tenung muka dia time dengar lagu-lagu macam ni. Lagu macam kat blog aku ni, semua lagu yang slow-slow. Ahhh, aku rasa cair bila dengar lagu macam ni. Kreatif sungguh penulis dan penggubah lagu-lagu ni. especially jenis irama lagu Jazz. Awwww, so sweet all that songs :)



 Gigit Jari <3

Dua November Dua Ribu Sebelas: Dua Kisah :)

Ya, pada tarikh itu akan terjadi dua peristiwa. Yakni yang pertama :

Hari jadi adik aku :)
Tak nak wish sekarang, bluekk :P

Yang kedua berlakunya peristiwa kawan aku. Yakni :

Operation Kawan aku : Siti Aisyah Othman :)
Nilah kawan aku, bukan gajah tu tapi orang tu yang nak operate -,- 
Aku doakan kau selamat dalam operation. Walaupun kau cakap operation kecik je, aku tetap risau. Sebab tiada apa yang mustahil :( kau cakap kau operate kat Hospital Selayang, aku bagitahu mak aku. Dia cakap kalau operate kat Hospital Selayang maknanya ada kes perlu dirujuk dekat sana. Kau punya sakit tu kira serious jugakan? Apa-apa pun, aku doa kau selamat tahu. Nanti dah habis operate bagitahu aku eh? :) IMYlah!  

Friday 28 October 2011

Rindu Kawan :'(

Aku rindu kawan-kawan baik aku. Lamanya tak jumpa mereka. Bilalah dapat jumpa dorang semua serentak? Hmmm, korang-korang, aku rindulah kat korang. Bila kita semua dapat lepak macam dulu-dulu lagi? :'( IMISSYOUlah kawan!


Gigit Jari <3

Masih Dua Puluh Lapan Oktober Dua Ribu Sebelas :)

Tahu aku bangun pukul berapa? Tepat jam EMPAT TIGA PULUH TIGA minit petang. Hahaha, sebab aku bangun lewat aku tidur jam ENAM LIMA minit pagi tadi. Terukkan aku ni? Aku pun tak tahu kenapa bila aku cuti je aku mesti tidur lewat, lepas itu pun aku bangun lewat. Aku bangun, tunggu turn aku nak mandi, sebab adik aku tengah mandi. Aku mandi lepas itu aku buat apa? Aku pakai bajulah. Then baru aku buat hobi aku iaitu makan :D Lepas makan, aku hadap laptop ni haaa, log in facebook, dgr RED FM, dan inilah blog. Ni saja aku nak cerita. Ni je? Eh, suka hati akulah nak tulis apa. Blog aku kan? :)


 #Baca dalam bahasa baku ya :) Bahasa Kebangsaan Kita!

Gigit Jari <3

Dua Puluh Lapan Oktober Dua Ribu Sebelas :)

Nampak di atas sana bukan? Itu adalah tarikh 'Officially' Aku buat blog aku ni. Dulu aku pernah ada blog, tapi aku dah break up dengan dia. Sebabnya kitaorang tak serasi. Cewahhh, macam couple coupling pula, hikhik. Entah aku pun tak ingat sebab apa aku delete blog dulu tu. Sekarang aku tk ingat apa password dia dengan email. Aku suka baca blog orang, teehee. Aku ni stalker? Kalau aku stalker, tak payah buat blog lah wehh! Buat blog tapi taknak bagi orang baca, baik kau tulis dalam diari kau je. Eh, tak marah, nasihat! Aku ni busy body nak baca blog orang lain? Dah tayang, aku baca jelah :) Okaylah, dengan ini saya mempersilakan Puan Sri Gigit Jari untuk merasmikan blog saya. #Wahhh, terharunya Puan Sri rasmikan, terima kasih. Hahah, sorrylah aku ni kuat perasan. Itu aku :D

Gigit Jari <3