Sunday 30 October 2011

Aku Sayang Kau Gila Babeng Wehhh!

Sumpah aku sayang kau. Aku terkejut juga dapat tahu kau dah putus dengan Abg Emy. Tapi aku lega sebab tak terus kena tipu. Ya, aku mengaku kau kenal dia lebih lama, dan aku faham kalau kau cakap kau lagi kenal dia dari aku. Kau ingat tak dulu aku pernah tetiba tak tegur kau kat sekolah dulu. Tiba-tiba aku tak layan kau? Ingat tak? Sebabnya aku terasa dengan kau. Abg Emy cakap apa yang aku cakap dengan dia, apa yang dia msg aku dulu lepas tu aku duk cerita kat kau, kau cakap kat Abg Emy kau terasa dgn aku, kau tak sangka kawan kau boleh buat kau mcm tu kan? Sebenarnya aku bagi hint dekat supaya kau tinggalkan dia. Aku ni kawan kau, takkan aku nak cakap direct dengan kau suruh putus dengan dia. Mesti kau marahkan. Aku nak kau faham, aku cuba selamatkan kau dari penipuan dia. Kau ingat tak kes ni? Kes yang dia hilang lepas tu dia muncul balik, lepas tu aku kan ada minta number phone dia konon-konon nak uji diakan? Ingat tak? Pasal kes nilah. Aku ada sebab kenapa aku nak kau putus dengan dia. Tapi kau ckp skrg dia hilang lagi kau ckp, tapi dia dah muncul balik. Kau ckp dia dah terus terang semua dekat kat. Kau ckp dia dah berubah, tak macam dulu. Tapi ada satu hal lagi dia tak terus terang dekat kau. Aku akan bagitahu kau, tapi selepas kau operate aku akan bagitahu kau. Aku taknak kau susah hati, aku sayang kau. Aku nak kau jaga diri elok-elok sebelum operate. Aku nak kau tenang baru aku bagitahu. Lepas operate aku bagitahu okay? :) AKu Sayang Kau Gila Babeng Wehhh!

Bersambung...


Gigit Jari <3

Saturday 29 October 2011

Rindu Comel :(



Comel? Nama kucing aku. Dia dah tak balik TIGA HARI, dia  tak pernah macam ni :( Ada orang ambil dia. Bagi balik kucing aku! Lepaskan dia! Kalau kau nak ambil dia, tolong jangan seksa dia. Dia pun makhluk Allah juga. Aku rindu kat Comel :'( Comel, baliklah. Along rindu kat Comel :'(





Aku rindu nak belai dia, nak dukung dia, nak tidurkan dia, nak mandikan dia. Semualah aku rindu pasal dia :'( Balik tahu Comel, Along tunggu Comel kat rumah.


Gigit Jari <3 

Slow Song Make Me Feel That Myself Being So Sweet :)

Aku suka dengar lagu-lagu slow. Sumpah aku rasa romantic dan juga sweet sangat! Kalau aku dengan 'someone' yang aku sayang sangat, aku mesti tenung muka dia time dengar lagu-lagu macam ni. Lagu macam kat blog aku ni, semua lagu yang slow-slow. Ahhh, aku rasa cair bila dengar lagu macam ni. Kreatif sungguh penulis dan penggubah lagu-lagu ni. especially jenis irama lagu Jazz. Awwww, so sweet all that songs :)



 Gigit Jari <3

Dua November Dua Ribu Sebelas: Dua Kisah :)

Ya, pada tarikh itu akan terjadi dua peristiwa. Yakni yang pertama :

Hari jadi adik aku :)
Tak nak wish sekarang, bluekk :P

Yang kedua berlakunya peristiwa kawan aku. Yakni :

Operation Kawan aku : Siti Aisyah Othman :)
Nilah kawan aku, bukan gajah tu tapi orang tu yang nak operate -,- 
Aku doakan kau selamat dalam operation. Walaupun kau cakap operation kecik je, aku tetap risau. Sebab tiada apa yang mustahil :( kau cakap kau operate kat Hospital Selayang, aku bagitahu mak aku. Dia cakap kalau operate kat Hospital Selayang maknanya ada kes perlu dirujuk dekat sana. Kau punya sakit tu kira serious jugakan? Apa-apa pun, aku doa kau selamat tahu. Nanti dah habis operate bagitahu aku eh? :) IMYlah!  

Friday 28 October 2011

Rindu Kawan :'(

Aku rindu kawan-kawan baik aku. Lamanya tak jumpa mereka. Bilalah dapat jumpa dorang semua serentak? Hmmm, korang-korang, aku rindulah kat korang. Bila kita semua dapat lepak macam dulu-dulu lagi? :'( IMISSYOUlah kawan!


Gigit Jari <3

Masih Dua Puluh Lapan Oktober Dua Ribu Sebelas :)

Tahu aku bangun pukul berapa? Tepat jam EMPAT TIGA PULUH TIGA minit petang. Hahaha, sebab aku bangun lewat aku tidur jam ENAM LIMA minit pagi tadi. Terukkan aku ni? Aku pun tak tahu kenapa bila aku cuti je aku mesti tidur lewat, lepas itu pun aku bangun lewat. Aku bangun, tunggu turn aku nak mandi, sebab adik aku tengah mandi. Aku mandi lepas itu aku buat apa? Aku pakai bajulah. Then baru aku buat hobi aku iaitu makan :D Lepas makan, aku hadap laptop ni haaa, log in facebook, dgr RED FM, dan inilah blog. Ni saja aku nak cerita. Ni je? Eh, suka hati akulah nak tulis apa. Blog aku kan? :)


 #Baca dalam bahasa baku ya :) Bahasa Kebangsaan Kita!

Gigit Jari <3

Dua Puluh Lapan Oktober Dua Ribu Sebelas :)

Nampak di atas sana bukan? Itu adalah tarikh 'Officially' Aku buat blog aku ni. Dulu aku pernah ada blog, tapi aku dah break up dengan dia. Sebabnya kitaorang tak serasi. Cewahhh, macam couple coupling pula, hikhik. Entah aku pun tak ingat sebab apa aku delete blog dulu tu. Sekarang aku tk ingat apa password dia dengan email. Aku suka baca blog orang, teehee. Aku ni stalker? Kalau aku stalker, tak payah buat blog lah wehh! Buat blog tapi taknak bagi orang baca, baik kau tulis dalam diari kau je. Eh, tak marah, nasihat! Aku ni busy body nak baca blog orang lain? Dah tayang, aku baca jelah :) Okaylah, dengan ini saya mempersilakan Puan Sri Gigit Jari untuk merasmikan blog saya. #Wahhh, terharunya Puan Sri rasmikan, terima kasih. Hahah, sorrylah aku ni kuat perasan. Itu aku :D

Gigit Jari <3